Formula Solat Sempurna
Assalamua'alaikum.
-
Selama ni saya fikir teknik solat saya dah betul & tak perlu diperbaiki lagi.Sampailah pada suatu hari ketika bersembahyang di masjid At Taqwa Bertam Indah saya terbaca satu artikel berkenaan sebuah buku bertajuk FORMULA SOLAT SEMPURNA. BErkata hati kecil saya, alangkah baiknya aku dapatkan buku ini. "Jom kita betulkan solat kita!"
Penulis : Ust.Zaharuddin Abd.Rahman
Penerbit : Telaga Biru Sdn.Bhd
Tel : 03-6275 4070/03-6276 8057
Website : www.telagabiru.net.com
ISBN : 983349498-6
Harga : RM 25.90 (Semenanjung M'Sia)
RM 27.90 (Sabah & Sarawak)
-
Apa yang menarik pasal buku ni? Meh saya ceritakan..
- Setiap pergerakan solat ada disertakan nas-nas terbaik & perbezaan 4 mazhab. Kat sini baru saya sedar rupanya banyak teknik solat saya yang bercelaru.Sekejap ikut Mazhab Syafie,sekejap ikut Mazhab Hanafi kemudian ada gak yang macam ikut mazhab sendiri.Macam rojak!Takde disiplin!
- Cara penyampaian yang mengagumkan. Biasa kalau kita baca buku solat,mesti membosankan sebab takde kualiti dari segi bentuk penyampaian dan kertas.Tapi buku ni memang amat berlainan.'Design' setiap muka surat amat cantik & kertas yang digunakan juga amat berkualiti tinggi.
- Banyak gambar. Ini adalah kunci utama kenapa saya suka sangat buku ni.Gambar-gambar yang dipaparkan amat banyak sekali & memang memudahkan kita untuk memahami sesuatu topik itu sebab ia akan tunjukkan kita mana teknik yang salah & mana teknik yang betul.Kalau tak percaya kejap lagi saya tunjukkan.
OK.Jom kita 'bongkar harta karun' dalam buku ni.
Bab 1
Bab ni akan ceritakan:
1-Latar Belakang Ringkas Penulisan Buku
2-Manhaj Penulisan
3-Persoalan Taklid & Mencampuradukkan Mazhab
Bab 2
Bab ni pulak,akan ceritakan maklumat-maklumat asas berkaitan solat macam:
1-Tempat-tempat Yang Tidak Digalakkan Solat
2-Syarat-syarat Sah Solat
3-Rukun-rukun Solat
4-Perkara Yang Membatalkan Solat
Bab 3
Mmm... bab ni paling best.Ia akan ceritakan tatacara solat yang berkualiti.Yang paling menarik dalam bab ni ialah setiap pergerakan solat akan ditunjukkan cara yang betul & cara yang salah melalui gambar.Jadi kita senang faham sebab boleh terus nampak.
Kat bawah ni saya cuma sertakan serba sedikit point-point menarik tatacara solat:
Berwuduk
Nabi SAW BACA DOA SELEPAS wuduk bukan masa berwuduk.
Semua ulama' mazhab kata solat tanpa wuduk atau tayamum (kalau takde air) adalah tak sah!
Semua ulama' mazhab kata solat tanpa wuduk atau tayamum (kalau takde air) adalah tak sah!
Menghadap Kiblat
Andai tersilap arah kiblat,kalau ikut mazhab
Syafi'i & Maliki solat kita wajib diulangi.
Tapi kalau ikut mazhab Hanafi & Hanbali solat kita tak payah diulangi.
Syafi'i & Maliki solat kita wajib diulangi.
Tapi kalau ikut mazhab Hanafi & Hanbali solat kita tak payah diulangi.
Meletakkan penghadang (sutrah) sunah Nabi SAW
& berjalan depan orang bersolat adalah dosa besar.
& berjalan depan orang bersolat adalah dosa besar.
Jarak Di Antara 2 Kaki
Niat
Takbiratuliram
Solat tanpa tanpa lafaz takbir adalah tak sah!
Arah Pandangan Mata Ketika Solat
Mendakap Tangan Ketika Berdiri
Sebenarnya banyak lagi point-point tatacara solat yang menarik untuk kita ambik tau macam:
Membaca Doa Iftitah
Surah al-Fatihah
Surah-surah yang pendek
Rukuk
Iktidal
Sujud
Duduk Antara 2 Sujud
Sujud ke-2
Duduk Tasyahud/Tahiyat Awal
Tasyahud Akhir
Salam
Menyapu Dahi & Hidung Sesudah Solat
Mengangkat Tangan & Membaca Doa Secara Berjemaah
Bersalaman Tangan Secara Berjemaah Antara Ahli jemaah Selepas Solat
Anda boleh tengok macam dalam gambar kat bawah.
Tapi untuk dapatkan kualiti terbaik & pahala terbanyak,adalah disarankan jarak terbaik antara 2 kaki ialah kita menyentuh jari kaki ahli jemaah lain disebelah kita.Ini sekaligus mempertautkan ukhwah serta boleh buang rasa ego diri. Mazhab Hanafi & Hanbali kata waktu berniat adalah sebelum takbiratulihram.
Mazhab Syafi'i & Maliki kata waktu berniat adalah serentak dengan takbiratulihram. Solat tanpa tanpa lafaz takbir adalah tak sah!
Nabi SAW tundukkan kepala & matanya tengok ke tempat sujud.Nabi SAW tak pernah tutup mata masa solat.
Imam Hanbali & beberapa ulama' Syafi'i kata solat masa tertutup adalah makruh sebab ia menyerupai Yahudi.Mengangkat Tangan Semasa Takbiratulihram
Nabi SAW angkat tangan ke paras bahu. Keadaan Tangan & Jari Semasa Takbiratulihram
Nabi SAW tegakkan jari-jarinya & tak buka luas & tak pula menggenggam. Ada beberapa hadith yang menyatakan cara Nabi SAW angkat tangan dengan cara berlainan.
Tapi kalau ikut mazhab Syafi'i adalah mendakap tangan diantara dada & pusat.Sebenarnya banyak lagi point-point tatacara solat yang menarik untuk kita ambik tau macam:
Tapi harap maaf.Saya tak dapat tunjukkan semua sebab nanti banyak sangat.Nampaknya anda terpaksa tengok sendiri dalam buku ni ya.
Bab 4
Bab ni akan ceritakan zikir & doa Nabawi.
Bab 5
Sementara dalam bab terakhir ni,ia akan menceritakan teknik atau cara untuk kita dapatkan khusyu' dalam solat.
Saya percaya ramai yang percaya buku-buku macam ni adalah untuk kanak-kanak je.Padahal ibu & ayah sendiri pun solat masih tunggang langgang.Lebih malang lagi takde siapa yang nak bantu ibu & ayah betulkan solat mereka. Maka inilah dia satu buku rahsia solat sempurna sesuai untuk pembacaan dewasa bagi menyemak teknik solat mereka.
Jangan risau!
Buku ini tak mengandungi unsur-unsur bida'ah sebab ia asalnya adalah modul 'Kursus Solat Sempurna & Muhasabah Diri' yang dikendalikan diseluruh negara termasuk Brunei & Jordan oleh Ustaz Zaharuddin sendiri.
-
Maka buku dihadapan anda ini begitu istimewa untuk dimiliki oleh semua orang tak kira samada pelajar,ulama,ahli akademik atau sesiapa sahaja yang ingin meng'audit' solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi'i atau lainnya.Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment