Ads 468x60px

Friday, March 19, 2010

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di dunia.....

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih.... .

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ...
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'

DIET RASULULLAH

Tuesday, June 23, 2009

Diet Rasul SAW

RENUNGAN

* JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

* Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cobalah..... ......... ......... ......... ...

* Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat

* amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk..

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

* Sama-samalah kita mengamalkannya. ......

* WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Tuesday, March 9, 2010









JOHN 3:16

Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang
memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka
tidak tahu apa maknanya. Mungkin nma kumpulan Rock, atau selebriti sukan
atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain
atau menghina Islam.

"John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara
barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia
ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang
percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati
hidup yang kekal abadi
".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah
sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia,
sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar
mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang
besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat
saya mengenai hukumya
)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that
everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang
yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah
pembohong-pembohong
." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka
hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka
."(HR: Az-Zahabi
dlm Al-Kabair.)

ANDAI DIBERI PILIHAN


Dalam kehidupan, seringkali kita berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan situasi.

Apa yang membezakan kita semua ialah tentang cara kita menghadapi situasi-situasi tersebut. Begitu banyak pilihan yang harus dibuat sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jika kita hanya menuruti emosi, maka tindakan kita selalunya terburu-buru dan tidak memikirkan kesannya dengan teliti. Banyak keterlanjuran dan kesalahan berlaku kerana terlalu menurut perasaan.

Jika kita bertenang, mengambil masa untuk berfikir sejenak lalu bertindak menggunakan strategi yang dapat difikirkan akal, maka tindakan sebegini lebih efektif berbanding menuruti emosi semata-mata. Gunakanlah akal sebaiknya. Bukankah Allah ta'ala telah mengurniakan akal kita dengan kemampuan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk? FirmanNya:

"Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (As-Syams: 8-10)

Namun, akal manusia pun boleh dikelirukan. Hari ini, masalah akal yang terpesong ini makin teruk. Banyak hal yang disangkakan baik, sebenarnya buruk di sisi agama. Anda dapat lihat budaya homoseksual sudah dianggap sebagai biasa, sedangkan ini jelas-jelas dilaknat di sisi Allah. Demikian juga budaya hedonism, ini pun dilarang agama. Ini belum masuk golongan yang menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal.

Kekeliruan sebegini berlaku kerana ada sesetengah manusia yang menyangka sebaik-baik keputusan adalah menurut akal semata-mata. Hakikatnya kita semua pun telah tahu akal manusia itu tidak sempurna, ia tidak dapat lari daripada kesilapan.

Penyelesaian bagi kekeliruan ini mudah sahaja, rujuklah kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya sebagai hakim dalam kehidupan. Kedua-dua sumber agama ini adalah sempurna dan terpelihara daripada kesilapan, sebagai manual kehidupan kita untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. Ramai orang memang sedia maklum hal ini, tapi hal ini perlu diingatkan selalu kerana ramainya orang yang sudah berani untuk meremehkan petunjuk agama.

Pokoknya, untuk membuat pilihan dalam bertindak, tidak cukup dengan hanya menggunakan akal sahaja, tapi perlu pastikan justifikasi anda itu disuluhi dengan ilmu Islami yang sahih serta berpaksikan keimanan kepada Allah ta'ala.


Maksud saya, apabila anda berhadapan dengan sesuatu urusan atau masalah, tanyalah kepada diri, "apakah yang diperintahkan oleh Allah ta'ala apabila hambaNya berada dalam situasi sebegini? Jika saya bertindak begini atau begitu, apa kesannya untuk saya di akhirat nanti? Apakah Allah ta'ala redha atau murka jika saya berbuat begini?" dan lain-lain soalan sepertinya.

Untuk justifikasi yang efektif, kita memang memerlukan ilmu. Lebih banyak yang kita belajar tentang Al-Quran dan As-Sunnah, maka semakin cemerlanglah pilihan tindakan yang kita ambil dalam kehidupan harian. Jadi, kita harus belajar, belajar dan belajar tanpa jemu.

Apabila segala amalan kita berpaksikan untuk meraih keredhaan Allah ta'ala, segala amalan pasti dirasakan seronok. Kita lebih mementingkan kualiti kerja daripada hasilnya. Mentaliti sebegini membolehkan kita merasakan kenikmatan melakukan sesuatu amal soleh. Sebab, kita sudah tahu Allah menilai usaha kita bukan hasilnya, sebab hasil usaha adalah menurut ketetapanNya. Sedangkan manusia pula menilai hasil, bukan usaha. Anda pilihlah, hendak redha manusia atau redha Allah?

Bukan saya kata jangan melihat kepada hasil, cumanya, apabila kita lebih mementingkan hasil daripada kenikmatan proses bekerja kerana Allah, kemanisan bekerja itu tidak dapat dirasai. Ini resepi tepat untuk stress. Malah, pahala beramal pun mungkin tidak dapat. Oleh itu, bekerjalah habis-habisan kerana Allah, dan berdoalah untuk hasil yang terbaik.

Apabila kita niatkan segala amalan kerana Allah, kenikmatan beramal akan terasa, insyaAllah.

Mengapa tidak mahu membaca buku kerana mencari redha Allah? Mengapa tidak mahu menyapu sampah kerana mengharapkan redha Allah? Mengapa tidak mahu senyum kepada seorang sahabat kerana inginkan redha Allah? Segala perbuatan yang halal dan bermanfaat, jika diniatkan kerana Allah, maka itu adalah ibadah.

Bak kata Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya" (Bukhari dan Muslim)

Saya ingin bertanya lagi, adakah anda sentiasa merasakan Allah mengawasi segala isi hati dan tindak-tanduk anda?

Jika tidak, itu satu masalah. Sebab, berasa aman daripada pengawasan Allah adalah salah satu muqaddimah untuk keinginan melakukan dosa. Jika anda tidak biasa mempunyai perasaan ini, paksalah dan ingatkan diri selalu tentang pengawasan Allah, sehingga perasaan ini menjadi automatik dan sebati dalam minda kita. Minda yang berteraskan tauhid ialah minda yang sentiasa sedar akan pengawasan Allah.

Kita semua tidak dapat terlepas daripada perhatian Allah ta'ala walau sesaat pun. Sebab itu kita perlu menjaga diri kita menurut pandangan Allah. Bukan pada pandangan manusia. Biarlah apa manusia hendak kata, baik mereka suka atau tidak, yang penting Allah redha kepada kita. Jika anda sentiasa patuh kepada perintah Allah dalam urusan keduniaan dan akhirat, jangan risau dengan kehidupan dan cabaran kehidupan duniawi, sebab Allah pasti akan memelihara anda. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu" (Tirmidzi: Hadith ini hasan sahih)

Sentiasalah ingatkan diri untuk bertaqwa kepada Allah ta'ala setiap masa. Semaikan kemurnian tauhid ke dalam corak pemikiran. Berfikirlah mengikut orientasi keimanan. Saya rasa anda sudah faham maksud saya.

Mudah-mudahan, dengan menggunakan minda sambil berteraskan tauhid, urusan kehidupan akan dipermudahkan, jiwa menjadi tenang selalu, kemudian di akhirat kelak kita termasuk dalam kelompok orang-orang yang beroleh kemenangan. Itulah kepuasan dan keseronokan yang terunggul, tiada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan yang pernah ada di dunia.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk kita semua.
Wallahu A'lam bi As-Sawaab

SUMBER:http://badarsejaya.blogspot.com/2010/02/tazkirah-minda-berteraskan-tauhid.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...