Ads 468x60px

Tuesday, August 31, 2010

ANDAI DITAKDIRKAN BEGINI

Jika Kita Ditakdirkan Begini...



Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang disajikanNya itu. Aku duduk dan terasa kewujudanNya. Lalu terjadilah perbualan yang menginsafkanku.

Apabila Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" lalu aku jawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu."

Apabila Dia bertanya, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?" Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku, aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku yang selama irii tidak kusedari kepentingannya. Lalu aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu."

Apabila Dia bertanya, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana aku mencintai sesuatu yang tak mampu kulihat, tapi aku terfikir ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lalu aku jawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun aku akan tetap
menyintaiMu, ya Allah!"

Apabila Dia bertanya, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kata¬kataKu?" Bagaimana mungkin aku mendengar jika aku pekak. Kemudian aku sedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga, tetapi menggunakan hati. Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu."


Apabila Dia bertanya, "Jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?" Bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir bahawa Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita, tidak penting bagaimana bunyinya. Lalu aku jawab “ Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab semua pertanyaanNya tadi, tetapi Dia bertanya lagi, "Kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?" Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai, aku tidak sempurna, aku bukan maksum."
Dia terus bertanya, "Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira kamu lupa akan Aku, kamu lari jauh daripadaKu tetapi ketika kamu susah atau mahukan bantuan, kamu terus ingat kepada Aku? Mengapa kamu kadang-kala sujud menyembahKu dan kemudian membelakangiKu, tidak pedulikanKu? Mengapa kami kamu datang mencariKu sedang kamu tidak setia kepadaKu? Mengapa kamu meminta penuh tamak dan pentingkan diri sendiri? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang utk berkhidmat di jalanKu?”

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi…

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...