Ads 468x60px

Monday, March 7, 2011

PUNCA BENCANA


 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas
dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana
inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:
”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula
si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu
mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya
sedikitpun.”

Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala
kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan
bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak
dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah
yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa
apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta
diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
"Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu
sesungguhnya ada 3 jenis:
(1) Apa yang dimakannya lalu habis.
(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.
(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu,
semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...