Ads 468x60px

Monday, February 15, 2010

KENAPA PERLU KAHWIN?


Sesungguhnya Islam adalah agama wahyu. Hanyasenya Dialah yang Maha mengatahui tentang apa yang diciptakanNya.

Perkahwinan adalah salah satu kaedah terbaik bagi mendekatkan diri kepada Allah, menguatkan keimanan dan menghindarkan diri dari bisikan syaitan.


Perkahwinan adalah penawar terbaik bagi memenuhi fitrah dan kehendak naluri makhluk yang bernama manusia.Perkahwinan juga adalah salah satu perkara yang sangat dibenci oleh syaitan.

Surah ar-rum ayat 21 bermaksud

” Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia mencipta bagimu isteri-isteri daripa

da jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan Nya antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ”.

Islam amat teliti dalam pembentukan institusi kekeluargaan kerana ianya akan mempengaruhi institusi kemasyarakatan dan seterusnya mencerminkan kestabilan sesebuah negara atau tamadun sesuatu bangsa..

Imam Al-Ghazali berkata

” Alangkah baiknya kamu mencari sebab untuk berkahwin, menjaga adab-adab perkahwinan dan jelas tujuan perkahwinan ”.

Dengan perkahwinan juga dapat mengelakkan diri daripada zina, memastikan kesinambungan zuriat yang jelas, mengawal penyakit-penyakit kelamin seperti AIDS, mengawal penyakit-penyakit sosial seperti homoseksual, masalah menggugur dan membuang bayi serta banyak lagi.

Perkahwinan juga merupakan satu sunnah Rasullullah SAW yang perlu diikuti kepada yang berkemampuan
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ” wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh menghalang pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan memelihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai baginya ”.

Kepada ibu-bapa, redha dan segerakanlah pernikahan anak-anak anda kerana Allah. Redha dari segi agama bermakna bakal pasangannya seorang yang beragama islam, yang taaat pada perintah Allah dan rasulnya. Manakala redha dari segi akhlaknya adalah bermakna bakal pasangannya mempunyai akhlak yang terpuji yang diyakini boleh membantu, membimbing keluarga kejalan yang disyariatkan di dalam islam.

Hadis Riwayat at-tarmidzi dan Ibnu Majah

Mempunyai zuriat atau anak yang soleh juga amat-amat bermakna untuk kita. Anak yang solah bukan sahaja diharap dapat memberi kegembiraan dan ketenangan kita didunia tetapi juga agar dapat mendoakan kesejahteraan kita dialam barzah kelak

” sekiranya datang kepadamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan muncul bahaya dan kerosakan ”.

Hadis riwayat Muslim

” Apabila seseorang manusia meninggal dunia, semua amalannya terputus kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanafaat dan anak soleh yang mendoakan (orang tuannya) ”.

Wallahua’lam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...